MAMA SALLY

Voting

Monday, 15 July 2013

ROTI MANIS


(roti manis yang lembut dan gebu)
Bahan-bahannya
Resepi asal: guru AMWAYku yang mengajar, tapi telah ku derhakakan pada kesenanganku mengunakan jari2ku.(manual)

  1. Tepung roti 400g**
  2. Yis mauripan 1/2 bungkus**
  3. Bread Softner 1 sudu teh**
  4. Bread improver 1 sudu teh**
  5. Gula pasir 2 sudu makan**
  6. Telur 1 biji (kocak dengan sudu)
  7. Susu Manis 2 sudu makan
  8. Air sejuk dari peti ais 200ml
  9. Garam sedikit sahaja (larutkan dalam air suam)
  10. Butter 50gram
*** sapuan atas roti ambil telur kuning yang dicampurkan air dan susu manis, sapu atas permukaan roti***

Cara menyediakan
  1. Panaskan oven selama 20minit, suhu 170c
  2. Bahan bertanda ** satukan dalam satu mangkuk, gaul rata semua bahan.
  3. Kemudian, masukkan telur, susu dan uli mengunakan air sejuk hingga adunan sebati. Jika adunan keras, tambah sedikit air.
  4. Masukkan air garam dan butter. Uli lagi hingga adunan tidak melekat pada jari
  5. Rehatkan adunan doh dalam 40 minit
  6. Bentukkan doh mengikut kesukaan anda, gunakanlah apa-apa sahaja loyang yang ada didapur.
  7. Biarkan adunan naik 2 kali ganda dalam masa 40minit, sapu permukaan atas roti dengan bahan sapuan***baru bakar. Masa bakar 25minit
  8. Jika roti dalam oven tidak berwarna kekuningan, tambah masa membakar. Jika mahukan warna roti yang tidak gelap, tutup permukaan loyang guna aliminium foil.
(jika ada lebihan doh, boleh pelbagaikan untuk buat mini pizza atau apa-apa sahaja kesukaan anda)

No comments:

Post a Comment