MAMA SALLY

Voting

Monday, 22 July 2013

MEE REBUS CIK ANI ( BONDA CHEF WAN)


Mee Rebus Cik Ani (Bonda Chef Wan)




Salam sejahtera buat semua... Alhamdulillah.. masih berkesempatan untuk menjenguk di sini sekejap.  Tak dapat nak berceloteh panjang sebab masih ada kewajipan lain yang perlu dilunaskan.

Entry ringkas saja kali ni... sekadar berkongsi resepi Mee Rebus Cik Aniyang dibuat hampir 2 minggu lepas. Cik Ani ni sebenarnya bonda kepada selebriti chef kita yang terkenal iaituChef Wan.  Resepi ini MaDiHaA ambil dari blog Yatie Memories yang sangat rajin memasak pelbagai menu untuk keluarga tersayang.  Memang tak rugi kalau masuk ke blog Yatie sebab ada ribuan resepi yang sedap2 belaka.  Tambah2 kalau nak mencari resepi2 kuih kukus... ada bermacam2 resepi kuih kukus yang Yatie hidangkan di sana... pilih saja mana yang berkenan.. hehe...

Menurut Yatie.. resepi ni telah dikongsi oleh saudara Che Mat Gebu.  Jadi kepada kedua2nya diucapkan terima kasih.  Terima kasih juga kepada bonda Chef Wan yang perturun resepi mee rebus yang sedap ni.  Bertambah2 anak2 makan..


Mee Rebus Cik Ani
Resepi : Bonda Chef Wan
Sumber : Mat Gebu & Yatie

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 kg mee kuning
  • 150 g taugeh, buang ekor
  • 2 keping tauhu, goreng terendam, hiris nipis
  • 2 biji cili hijau, hiris
  • 1 biji cili merah, hiris
  • 1 pokok daun sup, hiris
  • 1 pokok daun bawang, hiris
  • 4- 5 biji telur rebus, kupas dan belah 2
  • 6 biji limau kasturi, belah 2 (MaDiHaA guna limau nipis)
  • Bawang goreng secukupnya
  • Kuah mee rebus*
BAHAN KUAH MEE REBUS* :-)
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 2 camca besar rempah kari daging
  • 2 1/2 camca besar tauco, tumbuk lumat
  • 500 g daging lembu (sedap yang ada lemak sikit)
  • 5 - 6 cawan air
  • 500 g keledek
  • 1 cm lengkuas, dititik
  • 1/3 cawan kacang tanah, goreng tanpa minyak dan kisar halus
  • 1 biji tomato, belah 4
  • 2 sudu besar udang kering*(Yatie tambah) (MaDiHaA tak guna)
  • 7 biji bawang merah kecil*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 cm halia*(*tumbuk halus)
  • Garam dan gula secukup rasa


CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK KUAH MEE REBUS :-
  1. Daging dihiris nipis dan rebus hingga lembut (kalau guna daging batang pinang tak perlu rebus dulu).
  2. Keledek direbus hingga lembut dan kisar halus.
  3. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, tambah taucho dan rempah kari, kacau rata. Tambah sedikit air jika perlu.
  4. Masukkan daging (kalau daging rebus, masukkan sekali air rebusannya), air, keledek dan lengkuas. Masak perlahan selama 20 minit.
  5. Tambah kacang tanah kisar dan tomato, perasakan dengan garam dan gula.
  6. Masak hingga kuah pekat. (selalunya kuah mee rebus perlu manis sedikit).
PENYEDIAAN MEE REBUS :-
  1. Celur mee dan taugeh mengikut kuantiti yang diperlukan.
  2. Letak dalam bekas sesuai. Kacau kuah dan tuang atas mee.
  3. Letak telur rebus dan taburkan cili hijau/merah, tauhu, hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan diakhiri dengan perahan jus limau kasturi. Hidangkan segera....

No comments:

Post a Comment