Alhamdulilah dah petang baru dapat nak hidangkan sajian yang menjadi kegilaan dirumah akak. sekurang kurang nya pasti kena buat paling tidak pun sekali dalam sebulan..Pada yang tak pernah membuat dan merasakan betapa lazatnya Mee ini cubalah..
Bagi yang ingin memcuba nya akak sertakan resipi turun temurun keluarga akak..Sewaktu kawan blogger dari seberang iaitu DeetHa Melbu Plewon( pasti ramai yang mengenali beliau) datang berkunjung ke Malaysia hujung tahun lepas dan singgah kerumah akak,akak hidangkan Mee ini sebagai sajian.Wah Deetha bagitau Mee nie menjadi kesukaan dia.Banyak kali masak dan makan tak jemu2 dia kata.Buat Deetha terimakasih sudi datang dan cuba resipi ini..
Bahan2nye:
- spaghetti(rebus bubuh garam n sedikit minyak)
- 1/2 kilo daging(bersihkan potong kecil2 kemudian rebus)
- 20 biji cili kering*
- 2 labu bawang besar*
- 7 biji bawang kecil*
- 5 ulas bawang putih*
- 2 biji tomato(potong dadu kecil2)
- kobis (agak2 akak suka letak banyak.hiris halus)
- 1 tin sedang tomato pure
- garam dan secukup rasa
- minyak untuk menumis
- timun dipotong bulat hiris nipis
- daun sop hiris halus
- bawang goreng
- kisar bahan bertanda * hingga halus.panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar hingga naik minyak.masukan daging yang telah direbus bersama air rebusannye sekali.masukan kobis yang dihiris,tomato dadu dan tomato puree.
- tambahkan air anggaran 2 mangkuk.perasakan dengan garam,gula dan aji.biarkan kuah menjadi agak pekat sedikit.matikan api dan bolehlah dihidang.
No comments:
Post a Comment