nasi lemak:
2 pot beras- cuci bersih
2 pot santan sederhana cair
bahan hiris:
1 biji bwg besar
2 ulas bwg putih
sedikit halia
serai- ketuk
cara;
masuk semua bahan dalam rice cooker
masak seperti biasa hingga nasi masak
(kalo nasi masih kelihatan mentah selepas api padam, renjis2 air skit, dan on blk periuk)
bahan sambal:
(sambal kosong atau leh letak ikan bilis kalo suka,
tp aku lebih suka sambal kosong dan ikan bilis goreng..
utk perisa, aku letak ikan bilis dlm bahan kisar, dan sejemput lg dlm sambal aci2 nampak tak nampak je..hihi)
segenggam cili kering- rebus dan toskan
1 biji bwg besar
3 ulas bwg putih
sejemput ikan bilis- cuci bersih
(kisar semua bahan kat atas)
1 biji bwg besar- hiris
cara;
panaskan minyak (aku guna minyak yg goreng ikan bilis)
masukkan bwg hiris- biarkan naik bau
masukkan bahan2 kisar
biar hingga cili masak dan pecah minyak
perasakan dgn gula, garam dan air asam jawa
4 comments: