Jomm kita lihat resepi ayam panggang ala kenny roger,
Bahan-bahannya:
Resepi asal : kak Azlita Aziz Masam Manis
(maaf kak Ayu derhaka banyak sebab bumbu di dapur kurang mencukupi seperti madu dan lain-lain. Kalau korang nak tengok resepi lengkap sila ke blog kak Ita ya)
- Ayam - 1 ekor dipotong 4
- Bawang Besar - 1 biji **
- Bawang putih - 4 biji **
- Gula merah - 1 sudu besar **
- Halia - 1 buku ibu jari **
- Kicap pekat - sedikit sahaja
- Garam - sedikit sahaja
- Lada hitam- 1 sudu besar (daku beli sepeket RM 1.00 ku bahagi 2)**
- Oregano - 2 sudu besar
- Sedikit air untuk bander bahan
Cara menyediakan:
- Blander kesemua bahan bertanda ** bersama air
- Perap kesemua bahan blander, garam, kicap, oregano dan ayam dalam satu mangkuk, biarkan 1 jam. Jika perap lagi lama pun okey sahaja. Lagi sedapp oooo.
- Bakar dalam pemanggang ajaib, masa bakar dalam 25 atau 30 minit sahaja, ayam sudah masak, senang kerja. (Tapi, jika tak ada pemanggang ajaib. Korang guna jer periuk ker, kuali ker. Lepas tu ambil aliminium foil. Bakar jer atas api, dalam 1 jam masaklah ayam korang tu, kalau guna oven kan.. korang kena set masa 1 jam ya, masa bakar kena tambah 20 minit untuk keringkan ayam, sebab ayam korang akan keluarkan banyak air)

No comments:
Post a Comment