
Bubur SomSom akak nie style orang jawa punya..ada yang buat setelah dikacau dalam periuk dikukus..
ee tak rajin lak nak mengukus..jadi akak hanya masak dalam periuk,guna api kecik ajer..masak kan hingga tepung tu tak lekat kat periuk..makna dah tanak laa tu..kalau rajin masukkan dalam bekas cumel cumel..kalau tak rajin buh dalam bekas besar,kemudian sejukkan..akak sejukkan dalam petiais aje.
.

kalau nak ikut cara akak boleh aje....tapi kalau nak cuba yang lain try SINI atau Sini
BAHAN2:
2 cawan lebih sikit tepung beras
3 sudu tepung jagung
1 kotak santan
21/2 cawan air
daun pandan disimpul
sedikit garam
caranya:
>>>>>masukkan kesemua bahan dalam satu bekas bersih.kacau bagi larut dan sebati.tapiskan kedalam periuk.gunakan api yang kecil bagi menanak adunan ini..masakkan hingga adunan ini tidak lagi melekat dalam periuk..kalau semasa mengacau agak kurang airnya boleh laa ditambah(biasa lah buat agak agak nie kena adjust air ya)akak suka kacau menggunakan arah lawan jam,pastikan sentiasa dikacau agar tidak bergentel2 nnti tak cantik.
Bubur nie enak dimakan bersama sama dengan air gula merah..gula putih pun boleh..tapi selalu nya orang lebih suka gula merah..cantik gitu..dan ada juga yang menggunakan daun pandan dikisar bersama air dan dicampurkan kedalam adunan..jadi laa som som pandan..ikut kesukaan masing2.
No comments:
Post a Comment