MAMA SALLY

Voting

Wednesday, 16 April 2014

Kuahnya agak pekat,tp disebabkan saya snap time panas2 lagi nmpk cair sket...


By : LiNa Pg
Sumber : Wana Potret Kasih

Bahan-Bahan
  • 400g ayam ( anggaran dalam 1/2 ekor ayam )
  • 4-5 ulas bawang merah ( kisar )
  • 3 ulas bawang putih ( kisar )
  • 2-3 sudu makan cili kisar ( boleh tambah jika suka pedas )
  • 4 biji cili merah (kisar)LiNa Pg tambah rcp asal xde
  • 1 inci halia ( kisar )
  • 1 inci lengkuas ( kisar )
  • 2 batang serai ( kisar )
  • 2 cm kunyit hidup ( kisar )
  • 250 ml santan atau susu cair
  • 3 -5 helai daun limau purut (hiris nipis)
  • 1 batang karot (potong baji)
  • 1 biji tomato (belah 4)
  • 2 keping asam keping
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa
  • Air dan minyak
Cara penyediaan
  1. Tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan ayam dan asam keping. Masak hingga ayam kecut.
  3. Kacau dan balikkan selalu agar ayam yang di masak sekata masaknya.Tambah sedikit air
  4. Masukkan santan atau susu cair serta daun limau purut dan juga karot. Jika mahu kuah lebih boleh di tambah sedikit air lagi.
  5. Masakklah hingga kuah agak pekat.Masukkan tomato, sesuaikan rasa…. bolehlah diangkat.
You might also like:

No comments:

Post a Comment