Tempe Goreng Rangup Dan Sambal Kicap
Rasanya sudah agak lama saya tidak makan tempe goreng. Sesekali dapat merasanya terubat rindu kerana tempe goreng makanan kesukaan saya ….. Kerana agak sukar mendapat tempe yang segar dan baru, saya jarang membelinya…. Tempe lama yang tidak segar ni memang tidak sedap dimakan walau di masak apa sekali pun.
Entah apa rezeki saya hari ni bila saya berbelanja, saya nampak tempe yang baru sampai sungguh gebu dan putih melepak dan baunya juga sungguh segar, tanpa berfikir panjang saya pun membelinya.
Walaupun tempe ni dikatakan makanan jawa dan tidak menarik orang untuk memakannya, tetapi ketahuilah tempe adalah makanan yang sangat berkhasiat. Kacang soya mengandungi unsur-unsur yang dapat mengelakan tubuh badan kita dari mendapat penyakit kanser. So … tidak rugi kita menjadikan ia menu hidangan keluarga tercinta kerana harganya murah sahaja.
Kali ini saya lebih kreatif menggoreng tempe ini dengan mencelupnya ke dalam putih telur yang di perisakan dengan bawang putih dan ketumbar kemudian menyalutnya dengan serbuk roti. Hasilnya sangat tidak mengecewakan kerana rasanya sangat enak dan ia begitu rangup di luar dan lembut pula di dalamnya. Ditambah lagi bila dicicah ngan sambal kicap!! Ia sangat sedap dimakan begitu saja atau dimakan dengan nasi panas.
Resepi Tempe Goreng Rangup
2 bungkus tempe ( di potong bersegi )
2 biji putih telur
3- 4 sudu besar serbuk roti ( bread crumb )
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil biji ketumbar
garam
2 biji putih telur
3- 4 sudu besar serbuk roti ( bread crumb )
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil biji ketumbar
garam
Cara membuatnya
1. Tempe di potong-potong dan di ketepikan.
2. Tumbuk bawang putih dan biji ketumbar hingga hancur.
3. Masukkan bawang putih, biji ketumbar dan garam kedalam putih telur dan kacau rata.
4. Celup tempe ke dalam putih telur kemudian salutkan dengan bread crumb, goreng di dalam minyak panas.
5. Bila telah keemasanke dua belahnya bolehlah di angkat dan di hidangkan.

Resepi Sambal kicap
10 biji cili padi
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
3-4 sudu besar kicap manis
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
3-4 sudu besar kicap manis
Cara membuatnya
1. Tumbuk cili padi, bawang putih, garam dan gula.
2. Bila telah lumat masukkan dengan kicap dan kacau hingga rata.
3. Hidangkan dengan tempe goreng…
2. Bila telah lumat masukkan dengan kicap dan kacau hingga rata.
3. Hidangkan dengan tempe goreng…
Selamat mencuba….