Pagi-pagi lg aku dh siapkan brekfast utk seisi keluarga. sb nak pg Pesta Flora Putrajaya 2011. Naik moto sorang 1 dgn anakku Teah...nak suruh Teah snap gambar aku...suamiku tak minat sgt nak pi posing2 mcm aku...maaf ya bang aku komen kat dlm blog..hehehe. Antara gambar2 ku di Pesta Flora Putrajaya yg aku snap...
MAMA SALLY
Voting
Wednesday, 28 December 2011
PKPU Jakim Bawa Amanah Rakyat Malaysia Untuk Melaksanakan Ibadah Qurban & Aqiqah Serta Membangunkan Pendidikan Umat Islam di Kemboja dan Vietnam
Tanggal 7-11 November 2011 adalah genap tahun ketiga, Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Persatuan Intelektual Muslim Malaysia serta Persatuan Intelektual Muslim Kemboja (CMIA) melaksanakan program Ekspedisi Kasih & Korban di Kemboja dan Vietnam bersempena hari raya Aidiladha tahun 1432 Hijri.
Tambah istimewa, tahun ini adalah tahun pertama PKPU Jakim telah melancarkan bantuan qurban dan sumbangan kebajikan kepada umat Islam di bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam. Rombongan kali ini telah diketuai oleh YBhg. Tuan Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim selaku Yang Dipertua PKPU JAKIM yang juga merupakan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), JAKIM . Mengikuti rombongan ialah Dr. Mohamad Yamin bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Tuan Haji Ahmad Ayob bin Ibrahim, Pengurus Besar Yayasan Taqwa dan Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz, mantan Ketua Pengarah JAKIM turut menyertai misi kali ini membawa amanah melaksanakan ibadah qurban dan aqiqah sebanyak 272 ekor lembu dan 3 ekor kambing.
Ketibaan ahli rombongan telah disambut mesra oleh YBhg. Tuan Seng Sokmuni, dari Kementerian Kebudayaan dan Agama, Negara Kemboja. Dalam ucapan ketika merasmikan majlis sumbangan daging korban seliaan PKPU JAKIM kepada penduduk Islam di Kemboja yang mana acara penyerahan tersebut berlansung di Hotel Golden Stadium, Phnom Penh Kemboja, YBhg. Tuan Seng Sokmuni telah menzahirkan ucapan penghargaan kepada PKPU JAKIM atas usaha murni membantu umat Islam di Kemboja. Beliau juga menyampaikan sijil penghargaan dari Kerajaan Kemboja kepada beberapa orang individu dari JAKIM dan ahli-ahli rombongan ekspedisi yang telah banyak menyumbang dalam program qurban dan pendidikan umat Islam dikemboja.
Pada 8 November 2011, bermula pada jam 6.45 pagi waktu tempatan, rombongan ekspedisi telah bergerak untuk menziarahi para penduduk Kampung Bungro, Daerah Chlong, negeri Kro Cheh serentak menghulurkan bantuan dan sumbangan daripada rakyat Malaysia. Ternyata penduduk Islam di Kampung Bungro amat dekat dengan jiwa umat Melayu Islam. Para penduduk kampung dengan penuh semangat ukhuwwah Islamiyyah menyambut seluruh rombongan. Dalam majlis tersebut, pihak PKPU JAKIM bersama pihak Yayasan Taqwa dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menghulurkan bantuan berupa wang tunai dan barangan keperluan sebagai tanda ingatan serta semangat “1 Malaysia, 1 Ummah” seluruh umat Islam di Malaysia. Di samping barangan keperluan pembelajaran di Masjid dan sekolah agama, keseluruhan sumbangan yang disampaikan di sini berjumlah RM. 14,000.00.
Selepas itu, ahli rombongan telah bergerak ke Kampung Thnal Keng, Khum Sida, Daerah Dombey, Kg Cham untuk melihat sendiri tanah wakaf yang diusahakan oleh pihak Persatuan Intelektual Muslim Kemboja (CMIA) dan pengumpulan dana sumbangan wakaf yang diperolehi dengan kerjasama PKPU JAKIM. Tanah wakaf yang sedang diusahakan ini adalah sebahagiannya adalah dana yang disumbangkan oleh rakyat Malaysia. Presiden CMIA, Ustaz Mohd. Farid bin Hussien berkata, projek tanah wakaf ini mempunyai perancangan jangka panjang untuk maslahah umat Islam di Kemboja. “Dengan bantuan semua pihak termasuk pihak PKPU Jakim, matlamat untuk menubuhkan sebuah universiti akan tercapai suatu hari nanti di atas tanah wakaf ini, ” katanya.
Rombongan juga dibawa melawat tanah kebun getah yang telah mengeluarkan hasilnya juga hasil sumbangan wakaf dari rakyat Malaysia iaitu di kampung Sobper. Khum Sida, Daerah Dombey, Wilayah Kg Cham, di hadapan kebun getah ini tersergam indah sebuah Madrasah Agama yang dinamakan dengan nama Madrasah Dato’ Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz, memahat sempena nama mantan Ketua Pengarah JAKIM . Madrasah ini dibangunkan oleh pihak CMIA dengan kerjasama PKPU sebagai usaha memperkukuhkan kefahaman Islam generasi kanak-kanak Islam di kampung tersebut.
PKPU Jakim tidak melupakan musibah yang dihadapi oleh penduduk Islam Kemboja yang dilanda banjir, sebagai tanda simpati, Yayasan Taqwa, MAIWP dengan kerjasama PKPU Jakim telah menghulurkan sedikit dana bantuan sebanyak RM. 45,000.00 kepada penduduk Islam di Kampung Jero, Negeri Kg Cham.
Pada sebelah malam pula, seluruh ahli rombongan telah berkunjung ke Sekolah Antarabangsa CMIA yang ditadbir oleh pihak CMIA. Sudah 3 tahun, dana pendidikan telah dikumpul oleh pihak PKPU untuk membiayai sekolah antarabangsa ini. Dengan kapasiti dan kelengkapan prasarana yang ada dan sekadar termampu, sekolah ini telah menjadi pusat pendidikan anak-anak warga Islam di sekitar Bandar KM.8 Pnom Penh Kemboja untuk bersekolah secara formal yang menerapkan kurikulum agama selain bahasa Inggeris, bahasa Arab dan pendidikan kebangsaan.
Dalam ucapan YBhg. Dato’ Haji Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz, beliau telah melahirkan rasa terharu atas usaha murni dan bersungguh-sungguh pasukan CMIA yang terdiri daripada golongan belia Islam. “Melalui penguasaan dalam bidang pendidikan sahaja boleh mengangkat semula kedudukan umat Islam di Kemboja,” katanya. Dalam majlis tersebut, YBhg. Tuan Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim, Yang Dipertua PKPU JAKIM telah menyerahkan dana sumbangan sebanyak RM 55,000 kepada pihak CMIA hasil kutipan Dana Pendidikan PKPU JAKIM selain sumbangan USD 300 untuk tujuan pembelian komputer di sekolah tersebut.
Pada 9 November 2011, selepas solat Zuhur, ahli rombongan telah bertolak ke bandar Ho Chi Minh, Vietnam melalui jalan darat. Sepanjang perjalanan dari Kemboja menuju Vietnam, apabila melihat panorama sawah padi yang terbentang luas, mengingatkan peserta akan tanah air Malaysia. Ini juga menjadi bukti akan dekatnya hati umat Islam di Malaysia dan negara-negara serumpun seperti Kemboja dan Vietnam.
Program pertama ahli rombongan ketika di Vietnam ialah majlis pertemuan dengan Badan Komuniti Islam Bandaraya Ho Chi Minh (Jam’iyyah Islamiyyah), Vietnam di pejabat rasmi pertubuhan tersebut. Pada jam 9.00 pagi, 10 November 2011, Tuan Haji Idris bin Ismail selaku Presiden Badan Komuniti Islam Bandaraya Islam Ho Chi Minh. Dalam ucapan sambutan, beliau telah menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada umat Islam di Malaysia kerana menziarahi mereka. “Pihak Jam’iyyah telah menganjurkan program-program ilmu keagamaan seperti subjek Tauhid, Fiqh, Quran, Hadith dan sebagainya kepada umat Islam di Vietnam”. “Kerajaan Vietnam juga selalu membantu pihak Jam’iyyah dalam membangunkan program-program akademik yang berorientasikan agama,” ujar Tuan Haji Idris bin Ismail kepada seluruh delegasi.
Dalam ucapan balas Yang Dipertua PKPU Jakim, Tuan Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim telah menyatakan akan rasa amat berbesar hati kerana inilah kali pertama pihak PKPU JAKIM merintis jalan untuk berkongsi rasa hati dengan penduduk Islam di Vietnam yang berjumlah kira-kira 73,000 orang. “Pihak PKPU amat teruja dengan pencapaian umat Islam di Vietnam dalam kepesatan bandaraya Ho Chi Minh dan PKPU JAKIM mendoakan pihak Jam’iyyah terus memimpin umat Islam Vietnam”, jelas Tuan Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim.
YDP PKPU Jakim juga telah mengumumkan akan tawaran Jakim kepada pihak Jam’iyyah Islamiyyah Ho Chi Minh untuk menghantar para pelajar Islam yang berkelayakan untuk mengikuti pelajaran akademik dan tahfiz di Darul Quran Jakim selain kursus para imam Vietnam di Institusi Pendidikan Perdana JAKIM iaitu Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) kampus Bangi. Selain itu, sejumlah dana sebanyak USD 2,000 telah disumbangkan kepada pihak Jam’iyyah selain dana berjumlah USD 400 untuk tujuan pembelian komputer untuk kegunaan pentadbiran Jam’iyyah Islamiyyah Ho Chi Menh.
Pada sebelah malam tarikh yang sama, selepas solat Isyak, ahli rombongan telah bersama-sama komuniti Islam di Masjid An-Nur, Kampung Anl-Nur Ho Chi Minh. Walau kelihatan dhaif bangunan dan prasarananya, Masjid An-Nur juga menempatkan sebuah madrasah agama yang mengajarkan ilmu-ilmu Islam kepada warga Islam Vietnam dan beberapa negara jiran seperti Thailand, kemboja dan sebagainya. Ternyata masjid ini memberikan sumbangan besar kepada umat Islam sebagai simbol kekuatan umat. Dalam majlis tersebut juga, ahli rombongan telah diberikan penghormatan untuk menyampaikan kuliah agama.
Dalam kuliah agama tersebut, YBhg. Dato’ Haji Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz telah mengingatkan para jemaah dan ahli rombongan untuk mengembalikan semula kemuliaan diri seperti yang diarahkan oleh Allah. Beliau telah menyatakan sifat kemuliaan tersebut hanya akan dapat diraih apabila umat Islam membaca dan memahami al-quran dan seterusnya beramal dengan seluruh intipati Al-Quran.
Ternyata program singkat ini telah membuka minda dan membina semangat untuk terus melibatkan diri dalam kegiatan kebajikan membantu umat Islam di Kemboja dan Vietnam khususnya dalam arena pendidikan. Sememangnya saudara seaqidah kita di sana memerlukan bantuan serta sokongan kita umat Islam di Malaysia. Ustaz Mohd. Ajib bin Ismail yang bertindak sebagai Pengarah Program Qurban, Aqiqah dan Dana Pendidikan Umat Islam di Kemboja dan Vietnam terus menyeru dan mengalu-alukan seluruh umat Islam di Malaysia untuk menjayakan misi murni ini dan beliau boleh dihubungi terus di pejabat rasmi PKPU JAKIM yang terletak di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 2, Putrajaya.
Gambar2ku sekitar Lawatan Ke Cambodia & Vietnam pd 7-11 Nov 2011
ni ada beberapa keping gambar untuk aku kongsikan pada kawan-kawanya yang terbuka dan membaca blog aku ni.....
Subscribe to:
Comments (Atom)