MAMA SALLY

Voting

Wednesday, 7 February 2018

TEMPE GORENG RANGUP DAN SAMBAL KICAP


Tempe Goreng Rangup Dan Sambal Kicap

Rasanya sudah agak lama saya tidak makan tempe goreng. Sesekali dapat merasanya terubat rindu kerana tempe goreng makanan kesukaan saya ….. Kerana agak sukar mendapat tempe yang segar dan baru, saya jarang membelinya…. Tempe lama yang tidak segar ni memang tidak sedap dimakan walau di masak apa sekali pun.
Entah apa rezeki saya hari ni bila saya berbelanja, saya nampak tempe yang baru sampai sungguh gebu dan putih melepak dan baunya juga sungguh segar, tanpa berfikir panjang saya pun membelinya.
Walaupun tempe ni dikatakan makanan jawa dan tidak menarik orang untuk memakannya, tetapi ketahuilah tempe adalah makanan yang sangat berkhasiat. Kacang soya mengandungi unsur-unsur yang dapat mengelakan tubuh badan kita dari mendapat penyakit kanser. So … tidak rugi kita menjadikan ia menu hidangan keluarga tercinta kerana harganya murah sahaja.
Kali ini saya lebih kreatif menggoreng tempe ini dengan mencelupnya ke dalam putih telur yang di perisakan dengan bawang putih dan ketumbar kemudian menyalutnya  dengan serbuk roti. Hasilnya sangat tidak mengecewakan kerana rasanya sangat enak dan ia begitu rangup di luar dan lembut pula di dalamnya. Ditambah lagi bila dicicah ngan sambal kicap!! Ia sangat sedap dimakan begitu saja atau dimakan dengan nasi panas.
Resepi Tempe Goreng Rangup
2 bungkus tempe ( di potong bersegi )
2 biji putih telur
3- 4 sudu besar serbuk roti ( bread crumb )
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil biji ketumbar
garam
Cara membuatnya
1. Tempe di potong-potong dan di ketepikan.
2. Tumbuk bawang putih dan biji ketumbar hingga hancur.
3. Masukkan bawang putih, biji ketumbar dan garam kedalam putih telur dan kacau rata.
4. Celup tempe ke dalam putih telur kemudian salutkan dengan bread crumb, goreng di dalam minyak panas.
5. Bila telah keemasanke dua belahnya bolehlah di angkat dan di hidangkan.
Resepi Sambal kicap
10 biji cili padi
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
3-4 sudu besar kicap manis
Cara membuatnya
1. Tumbuk cili padi, bawang putih, garam dan gula.
2. Bila telah lumat masukkan dengan kicap dan kacau hingga rata.
3. Hidangkan dengan tempe goreng…
Selamat mencuba….

Resepi Biskut Mazola Peanut Butter Rangup

Resepi Biskut Mazola Peanut Butter Rangup: Resepi Biskut Mazola Peanut Butter Rangup

Wednesday, 16 April 2014

Sago Pearl Puding@Puding Sagu Pelangi


Assalamulaikum...
Jangan ada yang heran ya napelah puan blog ni asyik wat kuih berasaskan sagu jerr. Bukannya apa, bila dah koyak plastik pembungkus sagu ni,malas dah nak simpan lama-lama.Kira nak habiskan terus...tu je lah.Puding sagu camni dah lama saya cari.Memula tu ada tengok kat satu buku masakan kat Borders Queensbay, cantik sangat puding sagu kalerpul gitew.So mulalah saya google sana sini cari resepi.At last terjumpa umah Naz Cute Oven.Tengok cantik jer Naz wat size kecik2, tapi saya malas nak wat kecik2,so wat guna loyang je lah senang sket nak melapis.Terima kasih Naz.Saya tepek rcp kat bawah ni versi sedikit derhaka untuk rujukan saya sendiri.Untuk resepi asal bleh rujuk umah Naz. 
 yang ni dah siap potong2..
close up sket kasi ngences..
 rupa paras pas kuar loyang..sekali pandang cam kuih lapis lak..
 pas trim bhgn tepi, meh close up sket..br nmpk biji2 sagu..


RESEPI: SAGO PEARL PUDDING@PUDING SAGU PELANGI
By : Lina pg
Bahan-bahan :
1 cawan biji sagu 
1 liter air
20 gm serbuk agar-agar
11/2 cawan gula pasir
3 helai daun pandan
1 tin susu cair
3 jenis pewarna kegemaran


Cara :
1. Rendam biji sagu selama 2 jam. Kemudian rebus hingga biji sagu menjadi jernih(Saya masukkn beberapa titis olive oil ke dlm air rebusan sagu)Tuangkan ke dalam tapisan dan cuci di bawah air mengalir utk membuangkan kanji dan mengelakkan ia melekat-lekat.
2. Bahagikan biji sagu kepada 6 bahagian berasingan dan warnakan 3 bahagian berbeza-beza dengan pewarna kegemaran anda. Lagi 3 bahagian sagu biarkan pada keadaan asal.
3. Masukkan 1 liter air bersama serbuk agar-agar, gula dan daun pandan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
4. Masukkan susu cair.Kemudian tutup api
5. Cedok 200 ml larutan agar-agar dan masukkan ke dalam 1 bekas sago tanpa warna. Kacau rata dan tuang ke dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air. Biar keras seketika dan kelar permukaan agar-agar dengan pisau.
6. Cedok 200 ml larutan agar-agar lagi dan masukkan ke dalam 1 bekas sago dengan pewarna dan kacau rata. Tuang perlahan ke atas lapisan pertama tadi. Biarkan keras seketika sebelum mengelar permukaan agar-agar dengan pisau.
7. Ulangi langkah 5 & 6 beberapa kali sehingga habis semua larutan agar-agar dan biji sago digunakan. Sejukkan di dalam peti ais...


NOTE:
Untuk setiap lapisan saya masukkan ke dalam freezer (1-2min) suhu max. Supaya puding cepat membeku